Friday, January 14, 2011

Sunday, February 7, 2010

FEBRUARI DATANG LAGI

Bulan Februari 2010 ini akan diraikan oleh cucu-cucu yang menyambut hari kelahiran nya iaitu pada 13 Februari, sorang tu 19 Febrauari dan sorang lagi pada 26 Februari.

Friday, January 8, 2010

8 JANUARI DATANG LAGI

Hari ini genap umur anak sulungku 37 tahun. 8 Januari 2010. Aku rasa macam baru sahaja, pejam celik-pejam celik umur nya dah bertambaha dan umur aku pun dah melepasi setengah abad. Di kesempatan ini aku ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran mu, . Nombor satu kau boleh lupakan aku, tapi jangan lupa Allah. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Aku juga kasih dan sayang kepada mu dan semua nya.

8JANUARI DATANG LAGI

SUKA DUKA 2009

dah lama tak menulis. Last Mei 2009. Banyak catatan suka duka, sedih, gembira dan lain-lain berlegar di kepala. Tahun 2009 aku dapat 4 cucu baru. Mana yang dekat tu boleh lah di jenguk dan yang balik berpantang di rumah di Parit Buntar. Yang jauh tu, di Sarawak aku pegi lah sekejap , tapi yang di Jauh sana, di New Zealand , dengar dan tengok dalam internet aje lah. Di cuti raya Puasa yang lepas, balik mengunjungi atuk nenek di PB dan Kota Tinggi. Hampir sebulan.
Raya Haji hanya yang di NZ tak balik, yang di Sarawak dan Kuantan ada balik. Apa lagi bila dah berkumpul, jerit tangis, ketawa semua nya ada. Tak kering kain lah wan nya dengan keletah cucu2. Wan nye ni kuat berleter, tapi nak tergelak jugak budak2 besar tu apa dia tahu. Kita marah ke, kita suka ke, sama aje.
Sedih bila dapat tahu cucu di NZ mendapat sakit dan duduk dalam icu, imagine je lah aku ni ada bersama mereka, rasa2 macam nak terbang. Berdoa sahaja lah yang dapat ku pohonkan kepada Yang Maha Esa agar Kaer cepat sembuh.

Saturday, May 23, 2009

Menjenguk cucu baru di Kucing Sarawak.

Dah lama tak menjenguk ruangan ini. Maklumlah, banyak kerja-kerja yang sentiasa hendak dibuat, kita ni kan perempuan.Sepanjang hari ada saje kerja yang nak di buat, tapi tak habis-habis. bersih kat sini, kat sana berserak. ada-ada saja.

Pada 7 April yang lalu terbang ke Sarawak melihat cucu baru dari anak yang pertama. Lebih kurang 2 minggu di sana, di samping melihat cucu baru, tolong tengok2 cucu -cucu yang sediada, yang bukan main nakal dan lasak. Jenuh juga lah wan dan atuk nya nak menjaga. Berkesempatan juga ke Pekan Serikin yang famous dengan barang2 dari Indonesia. Beli lah juga, tak sah pulak kalau tak beli. Perempuan lah katakan , ingatkan buah tangan untuk anak2 dan diri.

Ada kelapngan anak lelaki ku membawa melihat pemandangan2 yang terdapat di Kuala Sungai Sarawak dan Lain2 tempat yang agak menarik juga.

Pejam, celik, pejam celik, tiba lah saat untuk balik ke Semenanjung. Maklumlah orang tua-tua ni, bukan boleh lama kat rumah orang (Baik anak atau siapa pun) teringat lebih kat rumah sendiri. Baliklah kami pada 22 April 2009 menaiki Pesawat Airasia menuju Pulau Pinang jam 830 malam dan sampai lebih kurang 2 jam perjalanan. Alhamdulillah.

Saturday, March 28, 2009

Cucu-cucu

Dah lama tak buka ruangan ni, terasa rindu pulak nak cerita kesah anak-anak belum sampai turn. Cerita cucu, baru ni lahir seorang putera bulan Februari yang lalu, anak kepada anak aku yang nombor 3. Lagi tunggu 3 orang lagi cucu yang akan lahir dalam bulan April, Mei dan Jun ni. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak kan