Tuesday, December 9, 2008

HARI RAYA QURBAN

Bila menjelang hari raya Qurban, ingatan ku terbayang di mana pada Februari 2000 dengan izin Allah ke Tanah Suci Makkah. Betapa masih terbayang2 dan menjadi kenangan paling indah buat ku sehingga akhir hayat. Di mana Allah telah memperkenankan dan menjemput ku untuk menjejakkan kaki di sana insan yang kerdil, semoga Allah memberi hidayah buat ku dan dan keluarga juga kepada semua muslimim dan muslimat.
Istilah Qurban amat mendalam buat ku, di mana pada hari ini di mana umat Islam mengerjakan Fardhu Islam yang ke 5, dan sedang mengerjakan Ibadat melontar di Mina, menyembelih ternakan unta atau kambing di sana dan di sini menyembelih lembu atau kambing untuk qurban.
Tarikh ini juga aku 11 Zulhijjah, tarikh lahirku yang 61 tahun, aku juga berkurban dengan izin Allah. Melepaskan anakku yang ke 5 mengikut suami nya dan bertugas di salah satu negeri di Pantai Timur.
Walau berat untuk melepaskan nya , aku kena pasrah, bila dah berumahtangga kita mesti mengikut suami kalau bertugas jauh daripada ibubapa. Macam aku masa muda-muda dulu, begitu lah hidup ibarat roda sentiasa berputar. Pesanan ibu bersedialah menjadi insan terbaik.

Monday, November 3, 2008

keletah cucu

Hati terhibur bila melihat keletah cucu-cucu yang ada di rumah , lebih2 lagi dengan kehadiran cucu yang baru balik dari perantauan. Bila kita berzikir dia pun melenggok ke kiri ke kanan , kalau laju baca nye lajulah pergerakan nya.

Hari ni terasa sunyi kerana mereka balik ke kampung mak nye di Kota Tinggi menziarahi atuk nenek nya di sana pula. Begitulah kita kena lah membahagi masa kerana semua nya adalah keluarga kita.

Friday, October 31, 2008

Hadiah Harijadi

25 Oktober, 2008...pergi kenduri di Bota bersama anak perempuan no. 5 dan suaminya. Orang rumah tak ikut sama kerana kena bagi-bagilah, di taman ni pun ada kenduri, member pergi mengerjakan Haji. Selepas kenduri terus balik ke rumah dan selepas Solat Isya', dengan Abahnya dan Bidi menantu no. 3, kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. Resah bila menunggu insan-insan yang telah lama tak jumpa akan pulang dari perantauan membawa pulang Baby yang dah pun berumur 8 bulan. Pukul 11.00 malam MAS dari KLIA mendarat , kami tertunggu2. Sungguh gembira bila melihat mereka 3 beranak muncul di Balai Ketibaan. Allah sahaja yang tahu betapa aku rindukan anak2ku yang 14 bulan tidak bersua kerana berada nun jauh di NZ. Selesai mengisi barang kami balik dn singgah makan di Pantai Seagate, Pulau Pinang.

26 oktober 2008 tarikh lahir yang ke 61 dan merupakan hadiah harijadi dengan kehadiran anak-anak, walau tak semuanya ada bersama. Anakanda sulung dan keluarga ada di Sarawak, namun suara mereka sahajalah pengubat rindu. Terima kasih.

Wednesday, October 22, 2008

Pesan orang lama

Assalamualaikum
Terima kasih kepada mereka yang prihatin. Mengisi masa lapang, bila dah tak ada apa nak dibuat. Tahu saje lah bila dah siap semua kerja, hati tergerak nak berceloteh dalam ruangan ni. Maklumlah sempena 26 Oktober ni, dah 5 tahun meninggalkan tugas di pejabat. Jadi bila ada kesempatan tu tangan ni teringatkan masa-masa lalu hampir 34 tahun bertugas di salah sebuah Jabatan Kerajaan.

Suara hati yang dipaparkan ini bukanlah menggambarkan diri seorang, mungkin meliputi sebahagian dari mereka2 yang bergelar Ibu, Wanita atau Opah di mana-mana sahaja. Maklumlah bila dah bersara ni......mana-mana ibu yang punya anak akan merasa kesunyian, bila anak-anak mula satu-satu jauh dari pandangan. Ya lah, masa kecil, semua nya di depan mata, apa-apa perbuatan nampak di depan mata, boleh disuruh-suruh, boleh di marah jika tak mendengar kata.

Bila semuanya dah belajar , dari sekolah rendah, menengah, ke puncak gading, lepas tu berkerja, lepas tu bila sampai jodoh......Kita gembira, kerana semuanya berjaya.

Lagi satu pesan orang lama, kalau nak berjaya, berbahagia dalam keluarga, kalau boleh buat sendiri, kerana dengan itu kita akan BAHAGIA . Waktu berkerja dahulu, masa adalah begitu bermakna... sendiri bagi masa untuk anak, untuk rumah, untuk kerja, dan berbagai lagi. Anak-anak yang boleh berdikari, akan tahu mengejar masa, untuk belajar, untuk membantu emak, untuk bermain, dan berbagai2 lagi.

Istilah mendapat khidmat maid tidak terlintas dalam hati. Semuanya dibuat sendiri dengan pertolongan anak-anak. Anak-anak pandai memain peranan. Kita sendiri masa tu, berjiran pun ada masa nya, tidak ada 24 jam untuk bersembang. Masa itu emas. Bak kata Nabil "Lu Fikirlah sendiri". Celoteh ini mengisi masa...... Dah tak ada anak kecik yang menjerit, menangis atau nak menyusu. haha. Jumpa lagi.

Thursday, October 16, 2008

Hari Raya Puasa

Mungkin dah 16 hari raya berlalu, ingin meluahkan rasa hati di paparan indah ini sekadar mengisi ruang2 kosong di hati.
30 Ramadan, biasalah hari yang sibok buat ibu2 dan anak2 di dapur, kalau merajuk sekali pun mesti ke dapur untuk menyediakan sarapan berbuka dan juadah untuk raya. Celik2 mata selepas solat, kaki tak betah untuk duduk diam, mulalah dengan tangan yang tak pernah kering, sorang memotong daging, sorang mengemas ruang depan, abah nya dok berulang ke kedai dan pasar dan emak nya blend cabai ( zaman la mana pakai batu giling lagi, ada batu giling dok atas pangkin buat koleksi je).
Lepas tu menganyam ketupat palas, mengisi pulut dan merebus. Berlarutan lah sampai ke malam. Macam tu lah emak2 kita dulu masa kita kecik2.
1 Syawal - seperti biasalah mana yang boleh ke Masjid pergilah... yang tak boleh tu tunggu rumah. Sebelah tengahari adik yang duduk di Tanjung (Alok Yah dan keluarga ) datang beraya.
Pukul 3.00 petang ajak balik ke Kampung Pantai Remis. Nak balik Kuantan..................Atok dan Wan dah tak ade ..... hanya ku panjatkan doa semoga diampunkan dosa2 mereka dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. Kepada Mu Ya Allah ku Pohon.
Anak2:-
Macam biasalah - yang no 1 beraya bersama keluarga nun jauh di mata tapi dekat di hati Selamat Hari Raya buat cucu2 yang bertiga tu.
Yang no 2 dan no. 3 macam biasalah , mereka beraya di Parit Buntar sahaja. Rumah pun dekat. Lepas Solat ada di rumah.
Yang no. 4 tiga beranak beraya nun jauh di perantauan.
Yang no. 5 kenalah beraya di rumah mertua dan tok mertua sebelah suaminya di K.L dan Melaka. Raya ke 5 baru nampak batang hidung. Begitulah bila dah berkahwin kena lah ada give and take.
Yang no. 6 dan 7 ada di rumah kerana masih solo. Kalau dan kahwin tu ..................nasiblah Mak dan Abah ikutlah macam mak-ayah kita dulu2 tinggal berdua.
Rasa2 nya belum habis raya , Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Bathin.

Friday, September 19, 2008

Ingat Raya ingat Anak-anak

Menjelang Syawal aku teringat akan anak-anak di zaman kecil mereka. Dua minggu lagi nak raya masing-masing sebuk bertanya bila lagi nak buat kuih, Mak Anis dah buat kuih, Kak Marina Dah buat kuih, Mak cik Tu, mak cik ni. Tergelak sendirian aku bila teringatkan semua ini. Sekarang semuanya dah ada tanggungjawab masing-masing .Dari 7 anak yang ku jaga ku belai sejak kecil tinggal 2 yang baru habis belajar dan sedang belajar.

Bila terkenang ini semua, mula lah flashback zaman mak-mak kita menjaga kita... Kini semua nya tinggal kenangan...................Tapi masih bermain di sanubari.

Anak yang sulung di Sarawak bersama anak2 dan isterinya.Giliran di Sarawak tahun ini.

Anak perempuan No. 2 di rumah baru mereka tapi dekat sahaja, dalam 4 km sahaja.

Anak perempuan no. 3 bersama suami dan anak mereka di rumah sendiri juga berhampiran di Parit Buntar sahaja.

Anak lelaki No. 4 nun jauh di seberang di New Zealand bersama isteri dan anak sulung mereka yang aku sendiri belum melihatnya. Hanya melalui internet dan webcam melihat wajahnya. Bila lah Wan dapat jumpa ye.

Anak perempuan yang no. 5 mengajar berhampiran kampong abah nya, asyik berulang alik Parit Buntar , Pantai Remis, Kuantan, KL kerana suami nya bertugas di Kuantan.

Anak perempuan no. 6 baru habis praktikum , menunggu posting, sekarang di rumah, tukang gaduh dengan mak nya.

Dan yang bongsu masih belajar.

Pesanan ibu di mana sahaja kamu berada jangan lupa Allah, Agama, Bangsa dan last ibu bapa dan keluaga. Jaga anak-anak macam mak jaga kamu semua. Jauhkan diri dari kejahatan2 di dunia dan dekatkan diri dengan kebaikan dan amal soleh.

Monday, June 30, 2008

Setahun berlalu 30 jun 2008

Tiada lagi mendengar suaranya. Setahun sudah ibuku meninggalkankami semua. Sedekahkan lah Al Fatehah kepada ibu atau nenek kamu semoga diberkati Allah.