Friday, October 31, 2008

Hadiah Harijadi

25 Oktober, 2008...pergi kenduri di Bota bersama anak perempuan no. 5 dan suaminya. Orang rumah tak ikut sama kerana kena bagi-bagilah, di taman ni pun ada kenduri, member pergi mengerjakan Haji. Selepas kenduri terus balik ke rumah dan selepas Solat Isya', dengan Abahnya dan Bidi menantu no. 3, kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. Resah bila menunggu insan-insan yang telah lama tak jumpa akan pulang dari perantauan membawa pulang Baby yang dah pun berumur 8 bulan. Pukul 11.00 malam MAS dari KLIA mendarat , kami tertunggu2. Sungguh gembira bila melihat mereka 3 beranak muncul di Balai Ketibaan. Allah sahaja yang tahu betapa aku rindukan anak2ku yang 14 bulan tidak bersua kerana berada nun jauh di NZ. Selesai mengisi barang kami balik dn singgah makan di Pantai Seagate, Pulau Pinang.

26 oktober 2008 tarikh lahir yang ke 61 dan merupakan hadiah harijadi dengan kehadiran anak-anak, walau tak semuanya ada bersama. Anakanda sulung dan keluarga ada di Sarawak, namun suara mereka sahajalah pengubat rindu. Terima kasih.

Wednesday, October 22, 2008

Pesan orang lama

Assalamualaikum
Terima kasih kepada mereka yang prihatin. Mengisi masa lapang, bila dah tak ada apa nak dibuat. Tahu saje lah bila dah siap semua kerja, hati tergerak nak berceloteh dalam ruangan ni. Maklumlah sempena 26 Oktober ni, dah 5 tahun meninggalkan tugas di pejabat. Jadi bila ada kesempatan tu tangan ni teringatkan masa-masa lalu hampir 34 tahun bertugas di salah sebuah Jabatan Kerajaan.

Suara hati yang dipaparkan ini bukanlah menggambarkan diri seorang, mungkin meliputi sebahagian dari mereka2 yang bergelar Ibu, Wanita atau Opah di mana-mana sahaja. Maklumlah bila dah bersara ni......mana-mana ibu yang punya anak akan merasa kesunyian, bila anak-anak mula satu-satu jauh dari pandangan. Ya lah, masa kecil, semua nya di depan mata, apa-apa perbuatan nampak di depan mata, boleh disuruh-suruh, boleh di marah jika tak mendengar kata.

Bila semuanya dah belajar , dari sekolah rendah, menengah, ke puncak gading, lepas tu berkerja, lepas tu bila sampai jodoh......Kita gembira, kerana semuanya berjaya.

Lagi satu pesan orang lama, kalau nak berjaya, berbahagia dalam keluarga, kalau boleh buat sendiri, kerana dengan itu kita akan BAHAGIA . Waktu berkerja dahulu, masa adalah begitu bermakna... sendiri bagi masa untuk anak, untuk rumah, untuk kerja, dan berbagai lagi. Anak-anak yang boleh berdikari, akan tahu mengejar masa, untuk belajar, untuk membantu emak, untuk bermain, dan berbagai2 lagi.

Istilah mendapat khidmat maid tidak terlintas dalam hati. Semuanya dibuat sendiri dengan pertolongan anak-anak. Anak-anak pandai memain peranan. Kita sendiri masa tu, berjiran pun ada masa nya, tidak ada 24 jam untuk bersembang. Masa itu emas. Bak kata Nabil "Lu Fikirlah sendiri". Celoteh ini mengisi masa...... Dah tak ada anak kecik yang menjerit, menangis atau nak menyusu. haha. Jumpa lagi.

Thursday, October 16, 2008

Hari Raya Puasa

Mungkin dah 16 hari raya berlalu, ingin meluahkan rasa hati di paparan indah ini sekadar mengisi ruang2 kosong di hati.
30 Ramadan, biasalah hari yang sibok buat ibu2 dan anak2 di dapur, kalau merajuk sekali pun mesti ke dapur untuk menyediakan sarapan berbuka dan juadah untuk raya. Celik2 mata selepas solat, kaki tak betah untuk duduk diam, mulalah dengan tangan yang tak pernah kering, sorang memotong daging, sorang mengemas ruang depan, abah nya dok berulang ke kedai dan pasar dan emak nya blend cabai ( zaman la mana pakai batu giling lagi, ada batu giling dok atas pangkin buat koleksi je).
Lepas tu menganyam ketupat palas, mengisi pulut dan merebus. Berlarutan lah sampai ke malam. Macam tu lah emak2 kita dulu masa kita kecik2.
1 Syawal - seperti biasalah mana yang boleh ke Masjid pergilah... yang tak boleh tu tunggu rumah. Sebelah tengahari adik yang duduk di Tanjung (Alok Yah dan keluarga ) datang beraya.
Pukul 3.00 petang ajak balik ke Kampung Pantai Remis. Nak balik Kuantan..................Atok dan Wan dah tak ade ..... hanya ku panjatkan doa semoga diampunkan dosa2 mereka dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. Kepada Mu Ya Allah ku Pohon.
Anak2:-
Macam biasalah - yang no 1 beraya bersama keluarga nun jauh di mata tapi dekat di hati Selamat Hari Raya buat cucu2 yang bertiga tu.
Yang no 2 dan no. 3 macam biasalah , mereka beraya di Parit Buntar sahaja. Rumah pun dekat. Lepas Solat ada di rumah.
Yang no. 4 tiga beranak beraya nun jauh di perantauan.
Yang no. 5 kenalah beraya di rumah mertua dan tok mertua sebelah suaminya di K.L dan Melaka. Raya ke 5 baru nampak batang hidung. Begitulah bila dah berkahwin kena lah ada give and take.
Yang no. 6 dan 7 ada di rumah kerana masih solo. Kalau dan kahwin tu ..................nasiblah Mak dan Abah ikutlah macam mak-ayah kita dulu2 tinggal berdua.
Rasa2 nya belum habis raya , Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Bathin.