Friday, January 8, 2010

SUKA DUKA 2009

dah lama tak menulis. Last Mei 2009. Banyak catatan suka duka, sedih, gembira dan lain-lain berlegar di kepala. Tahun 2009 aku dapat 4 cucu baru. Mana yang dekat tu boleh lah di jenguk dan yang balik berpantang di rumah di Parit Buntar. Yang jauh tu, di Sarawak aku pegi lah sekejap , tapi yang di Jauh sana, di New Zealand , dengar dan tengok dalam internet aje lah. Di cuti raya Puasa yang lepas, balik mengunjungi atuk nenek di PB dan Kota Tinggi. Hampir sebulan.
Raya Haji hanya yang di NZ tak balik, yang di Sarawak dan Kuantan ada balik. Apa lagi bila dah berkumpul, jerit tangis, ketawa semua nya ada. Tak kering kain lah wan nya dengan keletah cucu2. Wan nye ni kuat berleter, tapi nak tergelak jugak budak2 besar tu apa dia tahu. Kita marah ke, kita suka ke, sama aje.
Sedih bila dapat tahu cucu di NZ mendapat sakit dan duduk dalam icu, imagine je lah aku ni ada bersama mereka, rasa2 macam nak terbang. Berdoa sahaja lah yang dapat ku pohonkan kepada Yang Maha Esa agar Kaer cepat sembuh.

No comments: