Thursday, January 8, 2009

8 JANUARI 2009

8 Januari merupakan tarikh keramat yang aku tak boleh lupakan . Di mana pada saat itu 8 Januari 1973 aku melahirkan anak pertama. Bila tiba tarikh tersebut terbayang di mata , sejarah silam, di mana mula jam 5.00 pagi aku duduk di dalam wad bersalin sehingga jam 12.00 tgh baru melahirkan bayi lelaki yang kini telah pun berusia 36 tahun. Kalau diingat memanglah menakutkan kerana pertama kali melahirkan anak. Kita tak tahu ,sekejap sakit , sekejap elok, untuk sekian jam. Aku bersyukur kepada Yang Maha Esa.

Sunday, January 4, 2009

AKU JUTAWAN

Seronokkan.............Bila disebut Jutawan. Tak kisahlah, untuk makluman pada 27 Disember hingga 30 Disember, 2008 kami mengikuti rombongan melawat Medan, Indonesia dan kawasan sekitarnya. Terima kasih kepada yang sponsor aku ke sana,,, Tentulah Abahnya . Bila sampai masa nya untuk ke sana, mulalah jadi budak2, isi baju dalam beg, tengok itu tengok ini, mana yang nak pakai, mana yang nak di simpan. Ketawa bila mengingatkan nya. Pukul 6.30 pagi semua berkumpul untuk ke Penang Airport Lebih kurang 40 minit penerbangan kami sampai di Medan, bermulalah perjalanan kami.
Siap Imigresen, singgah sebentar di Bandar Medan, di mana ada yang pergi shopping, yang tukar wang. Kemudian kami bertolak ke Brastagi, di mana di kiri kanan penuh dengan tanaman seperti kopi, sayur2an dan sebagai nya. Perjalanan ke Brastagi merupakan perjalanan ke tanah tinggi, kiri kanan nampak bukit dan gunung. Keadaan cuaca semakin dingin. Nampak Danau Toba ciptaan Allah Yang Maha Agung. Betapa indahnya. Ada juga ambil gambar untuk kenangan. Bermalam di Brastagi.
28 Disember 2008 kami bertolak ke Parapat, jauh berjalan banyak pengalaman kata pepatah. Jalan berliku, senang kata dah pergi baru tau. Selepas makan tengahari di Pekan Parapat, kami di bawa menyusuri Danau Toba dan singgah di Pulau Samusir untuk lawatan dan shopping. Kami bermalan di Hotel Patra Jasa, Parapat.
29 Disember 2008 kami bertolak balik ke Medan melalui Permatang Siantar dan Tebing Tinggi. Ini merupakan kawasan tanah rendah dengan tanaman kelapa sawit, getah, tanaman padi dan sayuran. Singgah makan di salah sebuah restaurant di Tebing Tinggi tak ingat pula nama nya. Selesai makan kami bertolak balik ke Medan, Singgah solat di Masjid di hujung Pekan Medan. Kemudian di Bawa Ke Pasar Ikan dan lain2 tempat. Makan malam di sebuah restauran Minangkabau di Medan. Bermalam di Hotel Perintis, Medan.
30 Disember 2008 jam 6.00 pagi waktu Indonesia (7.00 pagi waktu Malaysia) kami berangkat ke Lapangan Terbang Medan untuk berangkat balik ke Pulau Pinang.
Nak tau AKU JUTAWAN tu, kiralah RM 300 lebihkurang 1juta Indonesia, tak kaya haha. Masing2 pun PERGI JUTAWAN , BALIK DERMAWAN, HARTAWAN. Sekian..............jumpa lagi.