Saturday, May 23, 2009

Menjenguk cucu baru di Kucing Sarawak.

Dah lama tak menjenguk ruangan ini. Maklumlah, banyak kerja-kerja yang sentiasa hendak dibuat, kita ni kan perempuan.Sepanjang hari ada saje kerja yang nak di buat, tapi tak habis-habis. bersih kat sini, kat sana berserak. ada-ada saja.

Pada 7 April yang lalu terbang ke Sarawak melihat cucu baru dari anak yang pertama. Lebih kurang 2 minggu di sana, di samping melihat cucu baru, tolong tengok2 cucu -cucu yang sediada, yang bukan main nakal dan lasak. Jenuh juga lah wan dan atuk nya nak menjaga. Berkesempatan juga ke Pekan Serikin yang famous dengan barang2 dari Indonesia. Beli lah juga, tak sah pulak kalau tak beli. Perempuan lah katakan , ingatkan buah tangan untuk anak2 dan diri.

Ada kelapngan anak lelaki ku membawa melihat pemandangan2 yang terdapat di Kuala Sungai Sarawak dan Lain2 tempat yang agak menarik juga.

Pejam, celik, pejam celik, tiba lah saat untuk balik ke Semenanjung. Maklumlah orang tua-tua ni, bukan boleh lama kat rumah orang (Baik anak atau siapa pun) teringat lebih kat rumah sendiri. Baliklah kami pada 22 April 2009 menaiki Pesawat Airasia menuju Pulau Pinang jam 830 malam dan sampai lebih kurang 2 jam perjalanan. Alhamdulillah.

Saturday, March 28, 2009

Cucu-cucu

Dah lama tak buka ruangan ni, terasa rindu pulak nak cerita kesah anak-anak belum sampai turn. Cerita cucu, baru ni lahir seorang putera bulan Februari yang lalu, anak kepada anak aku yang nombor 3. Lagi tunggu 3 orang lagi cucu yang akan lahir dalam bulan April, Mei dan Jun ni. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak kan

Monday, March 2, 2009

2 MAC 2009

Dah lama tak menjengah blog ni, kerana kekurangan idea. Salam sejahtera buat semua yang mengenali diri ini. Ingin mengenang kembali nostalgia lama, di mana tarikh diatas menjadi sebati buat ku dan insan-insan tersayang. Pada tarikh tersebut 2 Mac 1975 aku melahirkan seorang puteri di hospital Kota Bharu, Kelantan.

Pada hari Ahad tu , lebih kurang jam 1.00 petang aku terasa sakit perut ,rasa-rasa macam nak bersalin, tapi hilang pulak , terus ke Kota Bharu bersama suami dan anak pertama ku. Belum sempat nak duduk di wad menunggu, aku terus masuk sendirian ke bilik bersalin, Nurse bertugas pun panik juga. Hai nak bersalin ke. Lebih kurang jam 5.30 ptg (lupa-lupa ingat), aku bersalin. Itulah peristiwa yang hingga kini masih terbayang. Alhamdulillah syukur kepada Yang Maha Esa.

Thursday, January 8, 2009

8 JANUARI 2009

8 Januari merupakan tarikh keramat yang aku tak boleh lupakan . Di mana pada saat itu 8 Januari 1973 aku melahirkan anak pertama. Bila tiba tarikh tersebut terbayang di mata , sejarah silam, di mana mula jam 5.00 pagi aku duduk di dalam wad bersalin sehingga jam 12.00 tgh baru melahirkan bayi lelaki yang kini telah pun berusia 36 tahun. Kalau diingat memanglah menakutkan kerana pertama kali melahirkan anak. Kita tak tahu ,sekejap sakit , sekejap elok, untuk sekian jam. Aku bersyukur kepada Yang Maha Esa.

Sunday, January 4, 2009

AKU JUTAWAN

Seronokkan.............Bila disebut Jutawan. Tak kisahlah, untuk makluman pada 27 Disember hingga 30 Disember, 2008 kami mengikuti rombongan melawat Medan, Indonesia dan kawasan sekitarnya. Terima kasih kepada yang sponsor aku ke sana,,, Tentulah Abahnya . Bila sampai masa nya untuk ke sana, mulalah jadi budak2, isi baju dalam beg, tengok itu tengok ini, mana yang nak pakai, mana yang nak di simpan. Ketawa bila mengingatkan nya. Pukul 6.30 pagi semua berkumpul untuk ke Penang Airport Lebih kurang 40 minit penerbangan kami sampai di Medan, bermulalah perjalanan kami.
Siap Imigresen, singgah sebentar di Bandar Medan, di mana ada yang pergi shopping, yang tukar wang. Kemudian kami bertolak ke Brastagi, di mana di kiri kanan penuh dengan tanaman seperti kopi, sayur2an dan sebagai nya. Perjalanan ke Brastagi merupakan perjalanan ke tanah tinggi, kiri kanan nampak bukit dan gunung. Keadaan cuaca semakin dingin. Nampak Danau Toba ciptaan Allah Yang Maha Agung. Betapa indahnya. Ada juga ambil gambar untuk kenangan. Bermalam di Brastagi.
28 Disember 2008 kami bertolak ke Parapat, jauh berjalan banyak pengalaman kata pepatah. Jalan berliku, senang kata dah pergi baru tau. Selepas makan tengahari di Pekan Parapat, kami di bawa menyusuri Danau Toba dan singgah di Pulau Samusir untuk lawatan dan shopping. Kami bermalan di Hotel Patra Jasa, Parapat.
29 Disember 2008 kami bertolak balik ke Medan melalui Permatang Siantar dan Tebing Tinggi. Ini merupakan kawasan tanah rendah dengan tanaman kelapa sawit, getah, tanaman padi dan sayuran. Singgah makan di salah sebuah restaurant di Tebing Tinggi tak ingat pula nama nya. Selesai makan kami bertolak balik ke Medan, Singgah solat di Masjid di hujung Pekan Medan. Kemudian di Bawa Ke Pasar Ikan dan lain2 tempat. Makan malam di sebuah restauran Minangkabau di Medan. Bermalam di Hotel Perintis, Medan.
30 Disember 2008 jam 6.00 pagi waktu Indonesia (7.00 pagi waktu Malaysia) kami berangkat ke Lapangan Terbang Medan untuk berangkat balik ke Pulau Pinang.
Nak tau AKU JUTAWAN tu, kiralah RM 300 lebihkurang 1juta Indonesia, tak kaya haha. Masing2 pun PERGI JUTAWAN , BALIK DERMAWAN, HARTAWAN. Sekian..............jumpa lagi.