Friday, October 31, 2008

Hadiah Harijadi

25 Oktober, 2008...pergi kenduri di Bota bersama anak perempuan no. 5 dan suaminya. Orang rumah tak ikut sama kerana kena bagi-bagilah, di taman ni pun ada kenduri, member pergi mengerjakan Haji. Selepas kenduri terus balik ke rumah dan selepas Solat Isya', dengan Abahnya dan Bidi menantu no. 3, kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. Resah bila menunggu insan-insan yang telah lama tak jumpa akan pulang dari perantauan membawa pulang Baby yang dah pun berumur 8 bulan. Pukul 11.00 malam MAS dari KLIA mendarat , kami tertunggu2. Sungguh gembira bila melihat mereka 3 beranak muncul di Balai Ketibaan. Allah sahaja yang tahu betapa aku rindukan anak2ku yang 14 bulan tidak bersua kerana berada nun jauh di NZ. Selesai mengisi barang kami balik dn singgah makan di Pantai Seagate, Pulau Pinang.

26 oktober 2008 tarikh lahir yang ke 61 dan merupakan hadiah harijadi dengan kehadiran anak-anak, walau tak semuanya ada bersama. Anakanda sulung dan keluarga ada di Sarawak, namun suara mereka sahajalah pengubat rindu. Terima kasih.

No comments: