Thursday, January 8, 2009

8 JANUARI 2009

8 Januari merupakan tarikh keramat yang aku tak boleh lupakan . Di mana pada saat itu 8 Januari 1973 aku melahirkan anak pertama. Bila tiba tarikh tersebut terbayang di mata , sejarah silam, di mana mula jam 5.00 pagi aku duduk di dalam wad bersalin sehingga jam 12.00 tgh baru melahirkan bayi lelaki yang kini telah pun berusia 36 tahun. Kalau diingat memanglah menakutkan kerana pertama kali melahirkan anak. Kita tak tahu ,sekejap sakit , sekejap elok, untuk sekian jam. Aku bersyukur kepada Yang Maha Esa.

2 comments:

PUTUBAMBU said...

wah..nostalgia betul ye Mak Ndak...

Siti Esah said...

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog Mak ndak. Bila dah masuk peringkat emas2 ni (tua lah tu0 mula lah terbayang segala2 yang manis ,yang tawar dan macam2 lagilah, tapi kita harus memohon rahmat dan hidayah daripa Allah SWT. Amin