Monday, March 2, 2009

2 MAC 2009

Dah lama tak menjengah blog ni, kerana kekurangan idea. Salam sejahtera buat semua yang mengenali diri ini. Ingin mengenang kembali nostalgia lama, di mana tarikh diatas menjadi sebati buat ku dan insan-insan tersayang. Pada tarikh tersebut 2 Mac 1975 aku melahirkan seorang puteri di hospital Kota Bharu, Kelantan.

Pada hari Ahad tu , lebih kurang jam 1.00 petang aku terasa sakit perut ,rasa-rasa macam nak bersalin, tapi hilang pulak , terus ke Kota Bharu bersama suami dan anak pertama ku. Belum sempat nak duduk di wad menunggu, aku terus masuk sendirian ke bilik bersalin, Nurse bertugas pun panik juga. Hai nak bersalin ke. Lebih kurang jam 5.30 ptg (lupa-lupa ingat), aku bersalin. Itulah peristiwa yang hingga kini masih terbayang. Alhamdulillah syukur kepada Yang Maha Esa.

Thursday, January 8, 2009

8 JANUARI 2009

8 Januari merupakan tarikh keramat yang aku tak boleh lupakan . Di mana pada saat itu 8 Januari 1973 aku melahirkan anak pertama. Bila tiba tarikh tersebut terbayang di mata , sejarah silam, di mana mula jam 5.00 pagi aku duduk di dalam wad bersalin sehingga jam 12.00 tgh baru melahirkan bayi lelaki yang kini telah pun berusia 36 tahun. Kalau diingat memanglah menakutkan kerana pertama kali melahirkan anak. Kita tak tahu ,sekejap sakit , sekejap elok, untuk sekian jam. Aku bersyukur kepada Yang Maha Esa.

Sunday, January 4, 2009

AKU JUTAWAN

Seronokkan.............Bila disebut Jutawan. Tak kisahlah, untuk makluman pada 27 Disember hingga 30 Disember, 2008 kami mengikuti rombongan melawat Medan, Indonesia dan kawasan sekitarnya. Terima kasih kepada yang sponsor aku ke sana,,, Tentulah Abahnya . Bila sampai masa nya untuk ke sana, mulalah jadi budak2, isi baju dalam beg, tengok itu tengok ini, mana yang nak pakai, mana yang nak di simpan. Ketawa bila mengingatkan nya. Pukul 6.30 pagi semua berkumpul untuk ke Penang Airport Lebih kurang 40 minit penerbangan kami sampai di Medan, bermulalah perjalanan kami.
Siap Imigresen, singgah sebentar di Bandar Medan, di mana ada yang pergi shopping, yang tukar wang. Kemudian kami bertolak ke Brastagi, di mana di kiri kanan penuh dengan tanaman seperti kopi, sayur2an dan sebagai nya. Perjalanan ke Brastagi merupakan perjalanan ke tanah tinggi, kiri kanan nampak bukit dan gunung. Keadaan cuaca semakin dingin. Nampak Danau Toba ciptaan Allah Yang Maha Agung. Betapa indahnya. Ada juga ambil gambar untuk kenangan. Bermalam di Brastagi.
28 Disember 2008 kami bertolak ke Parapat, jauh berjalan banyak pengalaman kata pepatah. Jalan berliku, senang kata dah pergi baru tau. Selepas makan tengahari di Pekan Parapat, kami di bawa menyusuri Danau Toba dan singgah di Pulau Samusir untuk lawatan dan shopping. Kami bermalan di Hotel Patra Jasa, Parapat.
29 Disember 2008 kami bertolak balik ke Medan melalui Permatang Siantar dan Tebing Tinggi. Ini merupakan kawasan tanah rendah dengan tanaman kelapa sawit, getah, tanaman padi dan sayuran. Singgah makan di salah sebuah restaurant di Tebing Tinggi tak ingat pula nama nya. Selesai makan kami bertolak balik ke Medan, Singgah solat di Masjid di hujung Pekan Medan. Kemudian di Bawa Ke Pasar Ikan dan lain2 tempat. Makan malam di sebuah restauran Minangkabau di Medan. Bermalam di Hotel Perintis, Medan.
30 Disember 2008 jam 6.00 pagi waktu Indonesia (7.00 pagi waktu Malaysia) kami berangkat ke Lapangan Terbang Medan untuk berangkat balik ke Pulau Pinang.
Nak tau AKU JUTAWAN tu, kiralah RM 300 lebihkurang 1juta Indonesia, tak kaya haha. Masing2 pun PERGI JUTAWAN , BALIK DERMAWAN, HARTAWAN. Sekian..............jumpa lagi.

Tuesday, December 9, 2008

HARI RAYA QURBAN

Bila menjelang hari raya Qurban, ingatan ku terbayang di mana pada Februari 2000 dengan izin Allah ke Tanah Suci Makkah. Betapa masih terbayang2 dan menjadi kenangan paling indah buat ku sehingga akhir hayat. Di mana Allah telah memperkenankan dan menjemput ku untuk menjejakkan kaki di sana insan yang kerdil, semoga Allah memberi hidayah buat ku dan dan keluarga juga kepada semua muslimim dan muslimat.
Istilah Qurban amat mendalam buat ku, di mana pada hari ini di mana umat Islam mengerjakan Fardhu Islam yang ke 5, dan sedang mengerjakan Ibadat melontar di Mina, menyembelih ternakan unta atau kambing di sana dan di sini menyembelih lembu atau kambing untuk qurban.
Tarikh ini juga aku 11 Zulhijjah, tarikh lahirku yang 61 tahun, aku juga berkurban dengan izin Allah. Melepaskan anakku yang ke 5 mengikut suami nya dan bertugas di salah satu negeri di Pantai Timur.
Walau berat untuk melepaskan nya , aku kena pasrah, bila dah berumahtangga kita mesti mengikut suami kalau bertugas jauh daripada ibubapa. Macam aku masa muda-muda dulu, begitu lah hidup ibarat roda sentiasa berputar. Pesanan ibu bersedialah menjadi insan terbaik.

Monday, November 3, 2008

keletah cucu

Hati terhibur bila melihat keletah cucu-cucu yang ada di rumah , lebih2 lagi dengan kehadiran cucu yang baru balik dari perantauan. Bila kita berzikir dia pun melenggok ke kiri ke kanan , kalau laju baca nye lajulah pergerakan nya.

Hari ni terasa sunyi kerana mereka balik ke kampung mak nye di Kota Tinggi menziarahi atuk nenek nya di sana pula. Begitulah kita kena lah membahagi masa kerana semua nya adalah keluarga kita.

Friday, October 31, 2008

Hadiah Harijadi

25 Oktober, 2008...pergi kenduri di Bota bersama anak perempuan no. 5 dan suaminya. Orang rumah tak ikut sama kerana kena bagi-bagilah, di taman ni pun ada kenduri, member pergi mengerjakan Haji. Selepas kenduri terus balik ke rumah dan selepas Solat Isya', dengan Abahnya dan Bidi menantu no. 3, kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. Resah bila menunggu insan-insan yang telah lama tak jumpa akan pulang dari perantauan membawa pulang Baby yang dah pun berumur 8 bulan. Pukul 11.00 malam MAS dari KLIA mendarat , kami tertunggu2. Sungguh gembira bila melihat mereka 3 beranak muncul di Balai Ketibaan. Allah sahaja yang tahu betapa aku rindukan anak2ku yang 14 bulan tidak bersua kerana berada nun jauh di NZ. Selesai mengisi barang kami balik dn singgah makan di Pantai Seagate, Pulau Pinang.

26 oktober 2008 tarikh lahir yang ke 61 dan merupakan hadiah harijadi dengan kehadiran anak-anak, walau tak semuanya ada bersama. Anakanda sulung dan keluarga ada di Sarawak, namun suara mereka sahajalah pengubat rindu. Terima kasih.

Wednesday, October 22, 2008

Pesan orang lama

Assalamualaikum
Terima kasih kepada mereka yang prihatin. Mengisi masa lapang, bila dah tak ada apa nak dibuat. Tahu saje lah bila dah siap semua kerja, hati tergerak nak berceloteh dalam ruangan ni. Maklumlah sempena 26 Oktober ni, dah 5 tahun meninggalkan tugas di pejabat. Jadi bila ada kesempatan tu tangan ni teringatkan masa-masa lalu hampir 34 tahun bertugas di salah sebuah Jabatan Kerajaan.

Suara hati yang dipaparkan ini bukanlah menggambarkan diri seorang, mungkin meliputi sebahagian dari mereka2 yang bergelar Ibu, Wanita atau Opah di mana-mana sahaja. Maklumlah bila dah bersara ni......mana-mana ibu yang punya anak akan merasa kesunyian, bila anak-anak mula satu-satu jauh dari pandangan. Ya lah, masa kecil, semua nya di depan mata, apa-apa perbuatan nampak di depan mata, boleh disuruh-suruh, boleh di marah jika tak mendengar kata.

Bila semuanya dah belajar , dari sekolah rendah, menengah, ke puncak gading, lepas tu berkerja, lepas tu bila sampai jodoh......Kita gembira, kerana semuanya berjaya.

Lagi satu pesan orang lama, kalau nak berjaya, berbahagia dalam keluarga, kalau boleh buat sendiri, kerana dengan itu kita akan BAHAGIA . Waktu berkerja dahulu, masa adalah begitu bermakna... sendiri bagi masa untuk anak, untuk rumah, untuk kerja, dan berbagai lagi. Anak-anak yang boleh berdikari, akan tahu mengejar masa, untuk belajar, untuk membantu emak, untuk bermain, dan berbagai2 lagi.

Istilah mendapat khidmat maid tidak terlintas dalam hati. Semuanya dibuat sendiri dengan pertolongan anak-anak. Anak-anak pandai memain peranan. Kita sendiri masa tu, berjiran pun ada masa nya, tidak ada 24 jam untuk bersembang. Masa itu emas. Bak kata Nabil "Lu Fikirlah sendiri". Celoteh ini mengisi masa...... Dah tak ada anak kecik yang menjerit, menangis atau nak menyusu. haha. Jumpa lagi.